Saturday, September 4, 2010

HARI ITU DALAM SEJARAH


03.09.10 jam 3.50 pm.
Hari itu dalam sejarah...
Jam 2.15pm aku dari s.alam memandu pulang ke rumah selepas selesai menjaga student2 aku praktikal kat DEMC...
mula2 aku drive ok je..then bila dah masuk KL..mataku mulai layu...
puas aku berzikir dan kadang2 aku menyanyi untuk menghilangkan rasa mengantukku...
tp xberjaya...
then aku berjaya mengharungi kesesakan lalu lintas dan cuaca yg panas melepasi kota yg sibuk...
kemudiannya..sampai ke simpang kedua terakhir menuju ke rumah aku...aku mengelip mata n tiba tiba BANGGGGGGGGGGGG... aku membuka mata..YA ALLAH...
aku matikan enjin..aku dgr byk kereta melalui kawasan aku..n ada seorang insan keluar dari kereta nya bertanyakan khabar aku...
"kak..ok ke?"
aku jawab: ok..n pemuda itu cuba membantu aku membuka pintu...
aku keluar dari kerte n melihat bahagian kiri depan kancil ku remuk.... YA ALLAH..aku tgk pula apa yg aku langgar..rupanya tembok (batu besar tepi jalan.) n ada longkang besar jugak di situ...
YA ALLAH.. nasib baik ada tembok ni..kalau tidak mesti aku n kancil ku jatuh dlm longkang tu..
pemuda itu seorg polis n dia menghubungi kawan2 dia yg keje bengkel n tya apa aku nak buat..
aku cakap "nanti sy call husb..."
so bila dah aku call husb aku... ape lagi,terkejut la dia..kene la marah..
so pemuda itu uruskan mcm mana nak uruskan hal itu....
then kawan dia yg keje bengkel dtg n bagi tau ape yg aku harus lakukan...
n aku bg tau husb ape yg org tu advise...
so org keje bengkel tu ckp dgn husb n dia bw aku gi balai traffic wat report...
aku cek la tubuh badan ku mana yg tercedera..Alhamdulillah hanya kaki aku je yg lebam ckit..mula2 terkejut gak sebab tgk mcm tulang keting aku kemik...rupanya bengkak je...
dah selesai wat report,dia anta aku balik n amik polisi insurance n geran kete untuk uruskan hal2 insurance...

Aku dah agak aku akan kemalangan juga coz aku sering ngantuk bila drive masa jem...so ari itu la peristiwa hitam dalam hidup ku....
sebelum kemalangan aku ada terfikir...
(xleh nak kunci semua pintu kete n buka aircond coz kalau xcident..org luar xleh buka pintu..so mcm mana diaorg nak selamatkan aku.. so aku kunci pintu kete tp aku buka tingkap separuh..so if anything happened harap org boleh buka pintu kete aku tu) pintu kete kene kunci gak coz takut sekarang ni mcm2 kes jenayah jalan raya ada...

Dah la nak raya nie.. bonus lak mmg bukan rezeki aku...nak repair kete lagi n byk jugak la pakai duit bulan ni...YA ALLAH permudahkan lah jalan hidupku...murahkanlah rezeki ku...jauhilah aku dari perkara yang tidak diingini dan juga seluruh ahli keluarga ku,sahabat handai,jiran tetangga dan kaum muslimin dan muslimat....

Kesian kancil aku...semalam baru je tukar bateri baru..ari ni xcdent lak..hancur bateri baru aku...
mungkin ada dosa yg aku lakukan sebelum ni yg tidak kusedari... inilah balasan Allah pada hambaNYA sebagai peringatan...
Terima Kasih YA ALLAH kerana masih memberi ku kesempatan dan tidak KAU ambil nyawaku pada waktu itu...
bersyukur juga kerana tidak ada insan lain yg terlibat dalam incident itu...

Tapi macam mana aku nak gi keje isnin ni...isnin n selassa aku kene gi ampang... gi ampang Insyaallah leh naik moto,tp rabu lak kene gi opis..so kene naik kete...nampak gayanya husb ku terpaksa berkorban lagi untuk menghantar n mengambil ku pulang dari keje....sian dia...tp apa yg mampu ku lakukan?

Terima kasih abang kerana banyak berkorban untuk saya...sya byk wat salah n silap...
xtahulah kalau tanpa abang macam mana nak saya uruskan semua masalah nie...

Terima kasih jugak pada abang polis yg bantu aku masa incident tu n abang bengkel tu juga n semua yang singgah berhenti beri perhatian n pandangan macam mana nak aku uruskan hal2 tersebut...

Kene kumpul duit la untuk bayar saman $300....
alahai....

mai menabung