Friday, March 25, 2011

PaNtuN OrAnG BeNgaNg

Student bising..
membuatkan aku runsing..
jangan sampai aku naik hangin..
nanti ada je bende yg terpelanting.

Sesat la pulak bila nak cari jalan pulang..
dah beberapa kali aku patah balik, namun tpt tempat itu aku juga ulang,
namun ada hikmah sebalik masalah yg datang,
Allah nak tunjukkan aku jalan yg senang...

Tp esok akan ku cuba ulang
menyusuri jalan yg katanya senang
supaya lekas pulang
bertemu suami tersayang
yg dulunya membuat aku gila bayang
(weksssss) :P

tgh syok2 nak bersembang dgn abang sayang....
tup tup dapat call dr seseorg..
yg memerlukan dia dtg..
so tgl la aku sorg2...
bersendiriran menghitung bintang... :P










Saturday, March 19, 2011

Terbaik dari ladang

Last week aku balik kg..(tepen)
best nye coz lama xbalik (4bulan kot)
macam2 cerita la klu dah balik kg tu..
dari cerita mak n abah ke cerita n gosip2 org kampung..
@myhometown

Sampai je aku kat kg, ujan pun turun selebat2 nye..
ada la dalam 4 jam..
so result nye banjir la umah aku..
tp xseteruk dulu, air naik kat lama umah je...
masa aku sekolah dulu, ada penah air masuk dalam umah,
n yg best nye ikan pun termasuk dalam umah, so apa lg, kite org berkejaran la dalam umah tangkap ikan yg seekor itu...

banjir lagi........

satu lg, kebetulan balik kg, dah tiba musim deroyan (durian)
bagi aku n adik beradik lain, durian lain xbest.
yang paling best ne satu pokok ni yg kat tepi parit depan umah aku...
perrrrrrrggggggghhhhh mmg sedap isi dia..
n buah nye xbesar, kecik2 je..
ini gbo buah n pokok deroyan kegeramaran kiteorg..

deroyan kegemaran kami adik beradik

waktu kita org kecik2(xlah kecik) masa zaman sekolah dulu, bila musim deroyan bangun pg je terus tuju ke pokok tu cari deroyan. n bila free je kite org mmg dok bertonggok kat depan umah je tgu deroyan luruh n bila luruh je kami pakat berlumba cari deroyan tu...
best betul..
satu rahsia deroyan nie, klu nak sedap kena makan ramai2 n main rebut..
klu makan sorang2, mmg xbest.
mcm tu la masa kiteorg dah besar n dah keje, balik kg xsama time, so bila musim durian, mmg xtermakan durian tu.. ada sebiji pun payah nak abis walaupun kecik.
tp masa aku balik last week belum musim luruh lagi..
kempunan nak makan deroyan tu..
next month nekad nak balik nak makan deroyan pokok tu n nak attend kenduri sepupu..
Insyaallah klu ada rezeki..

satu lagi buah yg ada masa aku balik kg ari tu ialah buah anggur malaysia.
rasanya masam2 ckit, tp sedap...
dulu masa kecik2 mmg kiteorg masuk utan cari buah ni n pas tu cari cili api tumbuk dgn belacan n gaul buah anggur malaysia nie..
mmg sedap..
tp sekarang nie aku xda selera lak nak makan anggur malaysia ni..
dah jemu kot...
abah ada tanam sepokok kat belakang umah.
ini gbo nye...
lebat giler sampai ke batang pun ada buahnye...

anggur malaysia aka buah cermai

korg cayake ni buah anggur malaysia?
heheheh, xlah sebenarnye buah cermai, cuma dalam gbo ni nampak macam buah anggur kan?
ini lak gbo cili padi yg abah aku tanam..
lebat n subur..


sememang nya abah aku suka menanam
n semestinye
TERBAIK DARI LADANG..


Thursday, March 10, 2011

BiLa LeLAkI kE DaPuR


gambar hiasan n kebetulan

BILA LELAKI K DAPUR

Perempuan harus rasa amat bersyukur

X ada rasa takut kalau kuku kotor

Atau kulit cedera akibat melecur

Atau bau hanyir ikan yang dari lumpur.


Tapi ape yg dimasak didapor?

Nasi minyak or hanya telor?

Xkisah la ape yg diatur

Tp akibatnye dapur aku tetap akan jadi terabur.


Garam gula xdisusun beratur

Air melimpah di lantai dapor

Masuk kedapor langkah diatur

Takut silap langkah, aku yg tersungkur.


Harus di ingat masa dia masak jgn ditegur

sesekali jgn masuk campur

Takut byk complain,kang gigi berterabur

Ape nak dikata mmg sifat lelaki xsuka akur

Suka buat ape yg dia rasa macam dia hero.


Siap memasak tiba giliran aku susun atur

Di ruang tamu lah tempat kami makan n berhibur

Actually aku dah kenyang makan masa lunch hour

Makan nasi kerabu,nasi goring ckit ,n sup ayam campur sayur.

Tapi ape kan daya, telan je la nak jaga hati dia supaya x hancur

Coz pagi2 lepas balik keje malm terus memasak sanggop x tidor.


Abis makan, aku lak amik turn kerjakan dapor

Yang dah jadi macam padang jarak padang terkukur

Sekian saje dari hamba Bloger n penulis amatur…..

Idea datang saat aku nak masuk tidor :)


Hehehehehe...


Wednesday, March 9, 2011

Diari Pagi Hari

Tersedarku dari lena di subuh hari

Di kala azan subuh memecah sunyi

Kebetulan husband pun balik selepas penat mencari rezeki

Lantas ku bangun ucap selamat pagi.


Besykurku ke hadrat Ilahi

Kerana memberi ku peluang sekali lagi

Menarik nafas dan menikmati kehidupan di bumi ini

Kalau tidak aku xtau ape yg akan terjadi.

Selapas mandi,aku sujud mengadap Ilahi

Tanda Syukur ke atas segala nikmat diberi

Kemudian bersiap siap menyiapkan diri

Pakai bedak, gincu, deodorant n minyak wangi

Mengucup tangan suami yang dikasihi

Mengaharapkan setiap langkahku diredhai.

Bermula lah perjalanan Hari Rabu 9 haribulan Mac 2011 tahun Masihi.


Dalam kereta rasa macam moody

Tapi xtau ape sebab ia terjadi

Mungkin sebab kitaran horman wanita yang mencari stabiliti

Buka radio siaran SInar Pagi

Suka dengar celoteh Krill, SY n KE

Yang peliknya hari ni aku hanya mampu tersenyum xnampak gigi

Sebelum ni aku boleh ketawa sampai hentak2 kaki.


Lama kelamaan barulah rasa happy

Mendengar lagu merapu mat Salleh yg ditukar versi

Sungguh pandai mat Salleh mencipta kreativiti

Sampai ada yg ketawa xkering gusi.


Sampai di office terus letak makanan kat pantry

Yang aku beli dari pakcik kat kem Army

Perut ku pula meronta2 minta di isi

Sebab semalam cuma makan mee maggi.

Dah terisi baru perut ku diam menyepi

Bak kata org tua tui

“Gendang gendut tali kecapi

Kenyang perut suka hati”.


Kemudian aku pun terus on komputer peribadi

Siap kan kerja yg sering menanti

Tiba2 dapat mesej dari suami di kasihi

“Kenapa xkejutkan abang bangun nak gi servis MYVI?”

Aku pun mohon maaf atas kesilapan diri

Janji di pagi hari aku mungkiri.

Owhhh my hubby....

I AM SORRY…..




Tuesday, March 8, 2011

Riang Ria Berseloka

Hatiku riang dan gembira,
Seperti dalam hati ada bunga,
Sebab Jalan Tun Razak line clear,
Sampai Umah tepat pada masanya,
N cik abang kata "cepatnya"
Aku pun boleh lah siap2 kan dia utk dia gi keje,
Bancuh air n berseloka dengan nya.
Satu yang aku sangat suka,
Sebab dia masakkan megi segera goreng istimewa,
X ketinggalan juga telur mata,
Untuk hidangan I berbuka puasa. :)

gambar sekadar hiasan


Kat kolej tadi bersama pelajar yg pelbagai ragam dan cerita,
Ada yg beria ia
Dan ada juga yg terkinja kinja
Wahai pelajar ku yg cantik nhensem2 belaka
Jangan main2 n mengada ngada
Ikut arahan guru dan dengarlah kata
Niat kami nak curahkan ilmu n penuhkan dada
Supaya kalian menjadi SN berjaya
Nanti dapat juga balas jasa
Pada ibu ayah nenda tercinta
Supaya pengorbanan mereka xsia sia.
Tapi ingat, jangan lah kalian lupa
Pada semua tenaga pengajar
N klu dah berjaya janganlah lupa belanja
Yang waktu itu kami ntahlah dah berapa usia
Dah tinggal gigi tua
Ataupun masih manis bergaya


Monday, March 7, 2011

Sajak Yg Sesak

Jalan itu Jalan Tun Razak..
jalan untuk ku pulang ke teratak..
jalan yg diketahui umum jalan yg selalu sesak..
abis minyak semua org naik minyak..
badan wangi dah bertukar hapak..
tu la kalau aircond kete rosak.
Kepala pening, perut berkocak..
Nak cari minyak cap kapak..
Hmmm mana ntah aku dah campak..
Tekak teringin makan nasi goreng mamak..
Dan juga telur mata setengah masak..
Kepala dok teringat keje opis yg belambak..
Dan juga gelagat bebudak
Terus menerus ligat memerah otak
nak cuba puaskan hati semua pihak
kadang kala hatiku sebak
bila kerje kerasku akhirnya ditolak
apa nak buat, dia lebih berhak
menetukan apa yang patut, apa yg tidak
Eh aku dah melalut ke mana la pulak
nak cite pasal jalan yg sesak
tp ke perkara yg tidak tidak.
Selepas penat menekan pedal minyak
Selepas mandi dengan haruman yg enak,
Perut yg kosong terisi dengan nasi goreng+teluk setengah masak,
Harap dapat tidur dengan nyenyak
Esok pula lagi melalui hari yg sesak
Tu semua sebab ingin memenuhi kehendak
Selagi kaki ini bumi dipijak...


Saturday, March 5, 2011

3rd party

3rd party = org ketiga.
Ape pendapat korg dgn org ke3?
ramai org anggap ni mesti ada somebody dalam perhubungan husb n wife.
Tp dalam konteks cerita aku ni bukan pasal yg tu.
Org ke3 yg aku maksudkan ni adalah org yg tinggal sebumbung dalam rumahtanga kita..
(tak termasuk mak bapak kandung/ mertua/anak2).
Korg penah x tgl dgn ipar?Ipar laki ke pompuan?
selesa x tinggal dgn ipar/ adik beradik? Bujang lak tu..korg lak dah kawin..
Klu umah korg tu besaraku rasa boelh la..tp umah tu kecik.
XTVT mmg kat situ je.. nak makan, nak lepak, nak baring2 nak gurau dgn husb mmg kat situ je. N kat situ jugak lah berdepan dgn bilik yg dia dok n jadi tempat lalu lalang dia..
So pergerakan korg n xtvt korg akan terbatas.
Bagi aku mmg xselesa n xda privacy.
Dia lak buat rumah tangga korg mcm umah org bujang.
Bawa kengkawan masuk, buat bilik yg dia duduk tu mcm bilik sendiri..
tp not offcially bilik dia pun.. Tetiba je dia anggap bilik dia tu bilik dia. tp sebenarnye bilik tamu. Xpasal2 tamu aku tido luar lak. HUhhhhHHH
Suka suki je beli perabot byk2 letak dalam bilik dia tu..mcm nak dok lama je..Nanti aku nak pindah xkan aku yg nak kena angkut barg dia? Aku lak mmg xbeli perabot coz nak pindah nati aku jugak yg susah kan?
N klu dia yg anggkut kan dah tentu2 umah baru aku nanti satu bilik dah jd bilik dia......
OWhhhhhhhhh please, aku xnak dok dgn dia lg..
Aku nak bina keluarga ku sendiri.. Dgn husb n my future kids..
Aku mmg xsetuju la..Lama sudah ku pendam perasaan ini.
Aku punye life dgn husb ni pelik ckit.Pelik tp benar..
Ye la aku kuar keje, dia balik keje. Bila aku balik keje, dia gi keje. Tp bukan ari ari la.
Selang 2 mgu mcm tu 2mgu jumpe, n 2mgu xjumpe.
So bila jd mcm tu, aku or dia sure dok sengsorg kat umah kan..
Si org ke3 pulak tu ada kat umah.. So jadinye either aku tgl dgn dia or husb aku je yg tgl dgn dia..
Klu org ke3 tu lelaki, sesuai ke aku dok ber2 dgn dia?
N klu org ke3 tu perempuan , sesuai ke org ke3 tu tgl dgn husb aku ber2?
Nak je aku cakap kat org tu, please cari umah lain la klu ko dah keje n keje ko tu lama kat sini. Xpun dok ar dgn kengkawan bujang sekerja ko tu.. Tp tu la, nak diluah mati mak.. Org tu pulak jenis macam xreti bahasa. Dia je yg betul.
Yg aku hangin tu, bila dia guna sesuatu barang tu, macam bende tu dah xnak pakai dah. Maksudnye sesuka hati dia je guna bende tu n xreti nak letak n jaga lek lok. Bila dah rosak boleh lak tya kiteorg bende tu dah repair ke?
XKUASA AKU NAK REPAIR LA... dulu aku dah repair lek lok, rosak balik. Buat buang duit aku je pgl pomen dtg umah.
Aku harap sgt dgn org ke3 nie, klu dia baca, please la, cari umah/bilik lain /tumpang ar kengkawan sebujangan n sekerjaan dgn ko. Ada batas yg perlu dijaga.

mai menabung