Jalan itu Jalan Tun Razak..
jalan untuk ku pulang ke teratak..
jalan yg diketahui umum jalan yg selalu sesak..
abis minyak semua org naik minyak..
badan wangi dah bertukar hapak..
tu la kalau aircond kete rosak.
Kepala pening, perut berkocak..
Nak cari minyak cap kapak..
Hmmm mana ntah aku dah campak..
Tekak teringin makan nasi goreng mamak..
Dan juga telur mata setengah masak..
Kepala dok teringat keje opis yg belambak..
Dan juga gelagat bebudak
Terus menerus ligat memerah otak
nak cuba puaskan hati semua pihak
kadang kala hatiku sebak
bila kerje kerasku akhirnya ditolak
apa nak buat, dia lebih berhak
menetukan apa yang patut, apa yg tidak
Eh aku dah melalut ke mana la pulak
nak cite pasal jalan yg sesak
tp ke perkara yg tidak tidak.
Selepas penat menekan pedal minyak
Selepas mandi dengan haruman yg enak,
Perut yg kosong terisi dengan nasi goreng+teluk setengah masak,
Harap dapat tidur dengan nyenyak
Esok pula lagi melalui hari yg sesak
Tu semua sebab ingin memenuhi kehendak
Selagi kaki ini bumi dipijak...
No comments:
Post a Comment